Jumaat, 17 Januari 2014

kenapa kita tidak boleh upload gambar beby bawah umur 40 hari

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: “Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). “Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain. Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith : ِّا فَاغْسِلُوا كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِي Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim) ْوَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَن Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)” (HR ibnu Majah). Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan: 1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas. ْيَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ صَوْتَصَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَمَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَت Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662) 2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat) ِإِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْد Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi) 3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith : ْفِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ بَرَّكْتَ اغْتَسِلْلَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَمُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَن Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus. Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi ‘new baby’ atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda. Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng’upload’ gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam. Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus

Sabtu, 27 April 2013

mak aiii Batang Pokok Ini Bewarna Pelangi



Batang pokok ini kelihatan seperti karya seni yang dilukis menggunakan warna-warna yang pelbagai..Bagaimanapun warna-warna pelangi yang kelihatan pada batang pokok ini sebenarnya merupakan tindakbalas semulajadi yang terhasil sehingga menyebabkannya kelihatan bewarna-warni..






Seorang jurugambar, Warren Krupsaw, 70, menjumpai sebatang pokok ketika meraikan ulang tahun perkahwinan ke-25 beliau di Hawaii berkata, beliau terkejut melihat pokok berkenaan bewarna pelangi..Pokok-pokok yang menakjubkan ini telah ditemui di Pulau Kauai, Hawaii..

"Saya tidak pernah melihat pokok yang berwarna-warni seperti ini", kata Krupsaw..Kebanyakan orang yang saya telah bercakap tentang pokok ini kurang mempercayainya..Tetapi perkara ini adalah benar..' katanya..


Dikatakan warna pelangi yang muncul seperti itu merupakan hasil daripada getah pokok yang menitis dan mengenai bahagian-bahagian lain pada batang pokok tersebut yang menyebabkannya bertukar warna biru, kemudian jingga, ungu diikuti merah meroon..Warna yang pelbagai itu muncul disebabkan perbezaan waktu getah yang menitis..

Pokok bewarna warni yang mempunyai nama saintifiknya iaitu Eucalyptus Deglupta ini dikatakan mudah ditemui di hemisfera utara dan secara semula jadinya ia mudah dijumpai di Indonesia dan juga beberapa negara-negara di Asia Tenggara lapor

mak aiii .Pelabuhan Tertua Ditemukan di Pantai Laut Merah


Para arkeolog dikabarkan telah menemukan salah satu pelabuhan yang diyakini tertua berasal dari masa Raja Khufu, demikian diumumkan Kementerian Kepurbakalaan Muhammad Ibrahim Kamis (11/4/2013), dikutip Al-Ahram.

Pelabuhan kuno itu ditemukan di Wadi al-Jarf di tepian Laut Merah 180 kilometer arah selatan dari Suez.


Empatpuluh lembar papirus penuh dengan tulisan hieroglif berisi cerita tentang kehidupan sehari-hari masyarakat Mesir kuno di daerah setempat juga ditemukan di lokasi yang sama.

Paripus tersebut diduga merupakan laporan bulanan tentang rincian aktivitas harian sejumlah pekerja di pelabuhan.

Tim arkeolog Mesir-Prancis menemukan pelabuhan kuno itu, yang disebut Ibrahim sebagai salah satu pelabhan paling penting pada masa Mesir Kuno. Kapal-kapal pada masa konon banyak mengangkut tembaga dan logam-logam lain.

Sejumlah dermaga terbuat dari batu juga ditemukan di lokasi yang sama.

Lembaran-lembaran papirus tersebut setelah ditemukan segera dipindahkan ke Museum Suez, sehingga para arkeolog dan sejarawan bisa mempelajari dan mendokumentasikannya kata Ibrahim.

Kepala Bagian Kepurbakalaan Mesir Adel Hussein mengatakan misi penggalian arkeologi itu juga menemukan sisa-sisa rumah para pekerja pelabuhan, 30 gua dan beberapa alat terbuat dari batu.

Jumaat, 26 April 2013

mak aiii Koleksi kereta mini dilelong


 Selepas bersusah-payah menghabiskan masa 15 tahun mengembara ke serata dunia, seorang pengumpul kereta mikro bakal melelong 200 kenderaan koleksinya pertengahan bulan depan.

Kebanyakan kereta Bruce Weiner itu dilengkap enjin 49 kuasa kuda yang mampu mencapai kelajuan kira-kira 65 kilometer sejam. Walaupun kereta mikro itu hanya sepanjang 1.5 meter, tetapi ia masih boleh digunakan seseorang dengan ketinggian 1.8 meter.

Walaupun kecil, kereta mikro berkenaan dikatakan masih mampu menyelesaikan beberapa masalah pengangkutan.
Menurut Weiner, selama 15 tahun dia merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan kereta mikro terbaik.

Katanya, kereta seumpama itu dibina selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ketika Amerika Syarikat (AS) dan Britain bergelut dengan masalah kekurangan makanan, bahan mentah, bekalan elektrik dan gas.

“Kereta mikro itu dibina sebagai cara membantu orang ramai dalam keadaan sulit selepas perang, tetapi ia hanya bertahan sedekad apabila muncul kereta mini,” katanya. Hasil lelongan semua 200 kereta mikro itu dijangka bakal mengumpul sehingga RM34 juta.
Antara koleksi Weiner ialah kereta ikon Peel P50 dan BMW yang diubah suai menjadi kereta lumba 730 kuasa kuda.

Menurut Weiner, lelongan itu diadakan di Muzium Kereta Mirko Bruce Weiner di Madison, Georgia. Kereta Peel P50 dikeluarkan pada 1964 adalah kereta paling kecil pernah dihasilkan di dunia dan dijangka dijual pada harga RM219,000.
Weiner juga akan menjual 11 kereta BMW Isetta, termasuk sebuah model unik, Whatta Drag, yang dilengkapi enjin Chevrolet V8.

“Kereta itu diilhamkan daripada kereta mainan Hot Wheels dan dianggarkan bernilai £65,000 (RM316,000),” katanya. Tidak ketinggalan, sebuah kereta Bond Bug oren keluaran 1972 yang mempunyai tiga tayar dihasilkan syarikat Reliant.

Kerera itu, kata Weiner, dianggarkan bernilai £12,000 (RM58,400).

Menurut Weiner, mengumpul kereta mikro memang menyeronokkan tetapi lama-kelamaan, dia berdepan masalah tempat untuk menyimpannya

Rabu, 24 April 2013

MASJID YAND DIDIRIKAN OLEH MAKHLUK GHAIB....(4 gambar)



Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.



Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.



Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisankaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.





MAK Aiiiiiiiiiii DIHALAU DARI MAJLIS KERANA 'TERLALU KACAK' ....


DIHALAU DARI MAJLIS KERANA 'TERLALU KACAK' ....





Tiga lelaki dilaporkan dihalau keluar daripada sebuah majlis di Arab Saudi kerana dianggap "terlalu kacak" dan mungkin akan menarik perhatian semua wanita di dalam majlis tersebut.

Orang-orang dari Emiriyah Arab Bersatu telah menghadiri perayaan Janadriyah dalam majlis Riyadh Saudi pada hari Ahad apabila sampai, mereka telah dikeluarkan oleh polis agama, laporan Elaph akhbar Arab.

Orang-orang telah dilaporkan dianggap "terlalu kacak" dan dipercayai menimbulkan risiko kepada nafsu perempuan, yang boleh tertarik kepada mereka.

Wanita dilarang daripada berinteraksi dengan orang-orang yang tidak bersaudara di Arab Saudi. Lelaki tersebut kemudiannya dihantar pulang semula ke Emiriyah Arab Bersatu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...