Khamis, 29 November 2012

Seks untuk dapat kontrak

BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu.Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini.Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei.Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya.Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.“Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya,” kata Zhao.Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, aqhli politik yang dipecat sebelum ini.Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai.Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah.Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong.Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu.Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei.Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali.Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DTsumber

(tu dia) datok siti norhaliza menjadi ledy gaga

gambar datok siti betuka menjadi ledy gaga



seni dari tayar terbunag






Begitulah halnya di sini, di mana beberapa artis mempunyai idea yang bernas menggunakan tayar kereta yang digunakan untuk mencipta karya-karya seni yang indah. Saya benar-benar kagum ,  Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua, hanya kerana sesuatu yang kelihatan tidak beguna,digunakan supaya tidak menjadikan ia sia-sia.sumber http://najmimirza.blogspot.com/

Samun, rogol pekerja refleksologi

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Empat penjenayah bersenjatakan parang bukan sahaja bertindak ganas apabila menetak hampir putus telinga penjaga sebuah pusat rawatan refleksologi di Setapak di sini, tetapi turut merogol dua gadis warga asing bekerja sebagai tukang urut di situ semasa menyamun premis berkenaan pada Ahad lalu.Kejadian berlaku antara pukul 1 hingga 1.30 pagi semasa dua lelaki bekerja sebagai penjaga dan dua wanita tukang urut di premis itu sedang sibuk berkemas kerana mahu menutup perniagaan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam keadaan sibuk berkemas, tiba-tiba masuk empat lelaki dan seorang daripada mereka bersenjatakan parang masuk ke dalam premis berkenaan....Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121129/jqe_04/Samun-rogol-pekerja-refleksologi#ixzz2Da7RNTIZ © Utusan Melayu (M) Bhd

elyzia tolak babak ranjang

Elyzia Mulachela berharap lakonan pertamanya dalam Perahu Kertas diterima baik peminat filem Malaysia.PELAKON baru dari seberang, Elyzia Mulachela tidak pernah menyangka akan terlibat dengan industri lakonan apatah lagi menjayakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel kegemarannya, Perahu Kertas.Penyanyi yang kini turut bergelar pelakon itu membawakan watak sebagai Luhde, seorang wanita Bali dan kebetulan, Elyzia juga mempunyai darah keturunan Bali dalam dirinya.Menurut gadis berusia 17 tahun itu, keluarganya kini berpindah dari Lombok ke Jakarta, Indonesia bagi membantu memudahkan perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.Ternyata penghijrahan itu berbaloi apabila gadis tersebut muncul dengan single pertamanya berjudul Cinta Yang Tak Mungkin yang turut dimuatkan dalam filem tersebut."Pada asalnya saya memang tidak pernah mengimpikan untuk bergelar seorang pelakon, kerana minat banyak tertumpu kepada bidang muzik dan nyanyian."Tetapi mungkin sudah rezeki apabila ditawarkan memegang watak sebagai Luhde dalam filem itu."Perkara utama yang membuatkan saya berminat untuk bekerjasama dalam filem ini adalah kerana saya merupakan peminat setia novel tersnebut," katanya penuntut sebuah sekolah swasta di Jakarta.Filem Perahu Kertas mengisahkan hubungan percintaan dan persahabatan antara Kugy lakonan Maudy Ayunda dan Keenan (Adipati Dolken) yang bermula pada zaman pengajian di universiti yang kembali terjalin beberapa tahun selepas itu.Elyzia yang membawakan watak seorang gadis pendiam tetapi cerewet turut menegaskan bahawa walaupun dirinya kini sudah menceburi bidang lakonan, itu tidak bermakna dia akan menerima apa-apa sahaja tawaran berlakon tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu."Dalam filem ini memang mempunyai sedikit babak romantik seperti bercium tetapi apa yang dilihat penonton hanyalah lakonan sahaja kerana hakikatnya, babak tersebut tidak terjadi."Walaupun kini sudah bergelar pelakon, saya tidak akan menerima sebarang watak yang tidak sepatutnya dilakukan. Antaranya yang saya mengelak ialah watak-watak romantik keterlaluan ataupun adegan ranjang."Ini juga merupakan percubaan pertama saya dalam bidang lakonan, jadi saya mahu meninggalkan impak yang positif kepada peminat," tambah gadis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mempromosi filem tersebut di sini.Filem Perahu Kertas yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo serta diadaptasi daripada novel berjudul sama hasil tulisan Dewi Dee Lestari bakal berada di pawagam bermula 29 November ini.Selain Elyzia, Maudy Ayunda dan Adipati Dolken, filem ini turut menampilkan lakonan hebat Reza Rahadian sebagai Remi, Fauzan Smith (Eko) dan Sylvia Fully R (Noni).Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121127/hi_06/Tolak-babak-ranjang#ixzz2Da48A0Oh © Utusan Melayu (M) Bhd

6 cara nak tambah view blog anda



(aduhai) pelajar dirogol mat rempek jalanan

Tambah kapsyen


(makai) fesyen pelik keisha seperti ledy gaga






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...