Selasa, 27 November 2012

Maskara Bakal Jadi Desperate Housewives Versi Nasha Aziz

Hits341Komen0Tags: Nasha Aziz, bekas tunang nasha aziz, pelakon, pelakon popular, pelakon wanita, pelakon utama, pelakon malaysia,pelakon wanita popular,JANGAN TAK LIHATPengacara, Penyampai Radi...Maskara Bakal Jadi Desper...Abby Abadi Bakal Bernikah...Tahniah! Nabil Raja Lawak...Aktres Mana Yang Kacau Ru...KL, 26 NOV 2012: Sudah lama rasanya tidak melihat lakonan Nasha Aziz dalam drama mahupun filem. Kali terakhir Murai Batu menonton lakonan bersahaja pelakon jelita itu ialah menerusi filem Sepi. Selepas itu tiada lagi.Tapi kalau drama banyaklah. Memang tak pernah jemu melihat gelagat lakonan Nasha Aziz meskipun adakala ianya agak stereotype.Terbaru Murai Batu dengar, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 17 itu bakal beraksi dalam drama bersiri bersiri Maskara yang digarap daripada siri popular dari Hollywood, Desperate Housewives.Meskipun penggambaran drama bersiri ini hanya akan bermula pada 6 Disember ini, tapi Murai Batu dengar Nasha Aziz bukan main excited lagi. Lebih-lebih lagi dia bakal digandingkan dengan tiga pelakon jelita nan hebat.Nak tahu siapa? Mereka adalah Lisa Surihani, Anzalna dan Aandrea Abdullah. Bukan calang-calang cantik dan hebat ya kesemua mereka. Amboi tak sabar sungguh Murai Batu ingin menonton drama bersiri yang khabarnya bakal disiarkan pada April tahun depan ini.Mana tidaknya, mendengar sinopsis drama ini daripada produksi filem berkenaan turut membuatkan Murai Batu gedik sama. Tambah lagi dengan gandingan tiga lagi pelakon lain yang sama hebat, membuatkan sesiapa saja pasti teruja.Maskara mengisahkan kehidupan empat datin muda bergetah yang sangat terdesak atau desperate . Terdesak kerana apa, itu Murai Batu kurang pastilah.Tapi khabarnya, produksi drama berkenaan iaitu Showbiz Productions telah berhempas pulas ingin menjadikan drama itu sebagai realiti dan salah satu usaha mereka dengan menggabungkan 4 pelakon jelita hebat ini.Khabarnya juga, pihak produksi akan bekerjasa dengan ramai pereka fesyen tempatan bagi menampilkan penampilan yang glamor untuk empat datin terdesak berkenaan sesuai dengan latar belakang kehidupan di kota metropolitan.

Pengurusan Tidak Suka Justin Bieber Dengan Selena Gomez

LOS ANGELES, 27 NOV 2012: Biarpun digilai ramai gadis di seluruh dunia, namun hanya Selena Gomez saja yang berjaya membuatkan Justin Bieber benar-benar mabuk kepayang dengannya. Malah, Justin Bieber juga sanggup berbuat apa saja untuk memenangi semula hati penyanyi-pelakon idamannya itu selepas mereka putus cinta kira-kira 2 minggu yang lalu.Biarpun ada laporan yang mengatakan bahawa mereka telah berbaik semula, namun hakikatntya, Selena Gomez dikatakan masih belum mampu memaafkan Justin Bieber setelah mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu telah menghabiskan masa bersama dengan model seluar dalam, Barbara Palvin di sebuah parti minggu lepas.Hal ini telah menbuatkan Justin Bieber tertekan dan berusaha untuk melakukan apa saja, asalkan Selena Gomez kembali semula dalam hidupnya.Namun, hal ini nampaknya tidak begitu disenangi pihak pengurusan Justin Bieber. Malah, kalau boleh, mereka mahu penyanyi lagu Boyfriend ini cepat-cepat sembuh daripada terkena magik cinta Selena Gomez.

ditahan airport kerana ko te besar disyaki bawa senjata

fuh!!


Seorang lelaki yang dikenali kerana mempunyai zakar terbesar di dunia (menurut Guinness) telah mengalami saat-saat sukar di sebuah lapangan terbang kerana zakarnya!




Jonah Falcon, 41, dari New York, telah ditahan dan diperiksa di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco oleh pegawai dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat kerana disyaki menyembunyikan pistol di dalam seluarnya. Bukan itu sahaja, Falcon telah diminta memberi kerjasama sementara pihak berkuasa menabur serbuk putih untuk memastikan 'benda' di sebalik seluarnya bukan bahan peledak.

Falcon yang pernah tampil dalam dokumentari HBO tentang ukuran kejantanannya iaitu 9 inci dan 13,5 inci ketika ereksi berkata "Saya letak 'barang' saya ke arah kiri dan saya tidak ereksi ketika disyaki membawa senjata, malah saya katakan kepada pegawai-pegawai di situ bahawa itu sebenarnya zakar saya".
sumber http://zamrispoon.blogspot.com

tergamam digelar 'PAMELA ANDERSON MALAYSIA- lana nodin

fuhh!! tergamam digelar 'PAMELA ANDERSON MALAYSIA- lana nodin




b





DIALAH antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan. Begitulah pelakon yang pernah digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’.


Apa yang menarik, artis itu yang meminta agar ejaan nama komersial dirinya diperbetulkan iaitu Lana Nodin dan bukannya ‘Lana Nordin’, tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’.


“Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.

“Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.


“Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham ‘bahagian mana’ pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang. Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal ‘bahagian itu’, saya jadi rimas! Muak! 


“Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nodin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat,” katanya yang mempamerkan lakonan yang mantap dalam filem Chow Kit yang turut bertanding dalam Anugerah Skrin 2012 (ASK2012), baru-baru ini.

Bakal menyambut ulang tahun ke-33 pada 6 Disember ini, Lana yang juga bekas pramugari AirAsia mendakwa ramai lagi selebriti wanita tempatan lain yang melakukan pembedahan kosmetik terhadap tubuh badan, balik-balik hanya dia seorang yang menjadi mangsa percakapan orang.

Sehinggakan kemunculannya menerusi filem terbaru arahan Afdlin Shauki, terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn Bhd, Pontianak vs Orang Minyak pun menjadi topik utama.

Topik yang diperkatakan tidak lain tidak bukan mengaitkan aset tubuhnya itu, dadanya yang dikatakan sebagai mangsa eksploitasi dan bahan jenaka dalam filem itu.

“Ada satu babak, saya mengenakan kebaya putih yang memperlihatkan sedikit lurah dada saya, namun mungkin kerana syot kamera yang diambil dari atas menyebabkan ia nampak menonjol. Malah ada juga dialog saya digelar ‘Hantu Kopek’.

“Disebabkan babak itu, timbul spekulasi Afdlin seolah mahu mengambil kesempatan atas saya. Saya tak nafikan, masa dapat skrip dan juga baju, saya tanya kepada Afdlin boleh lepas ke babak macam ini. Namun selepas penggambaran, tiada masalah pula kerana babak itu diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF),” jelas Lana.

Wanita berbintang Sagittarius ini secara peribadi tidak merasakan pengarah itu mahu mengaibkan dirinya di layar perak.

“Kalau ada berpendapat Afdlin cuba mengambil kesempatan kepada saya, saya juga sebenarnya ambil kesempatan terhadap dia dengan menerima watak ini. Apa yang benar, saya mahu sangat timba pengalaman berlakon di bawah Adflin.

“Saya lihat pembabitan saya dalam filem ini sebagai ruang dan peluang untuk saya nak bina karier saya untuk jadi artis serba boleh. Tidak terbatas pada watak penggoda dan atau perempuan jahat semata-mata.

“Adakah Lana Nodin hanya layak untuk cerita-cerita sebegitu daripada memperkatakan bakatnya? Cuba bayangkan kalau saya berlakon dalam drama Hantu Susu seperti yang dibintangi Erra, tentulah isu aset saya itu akan menjadi topik lebih hangat, namun ia tidak pula menjadi isu kepada Erra,” katanya.

Lana, Taboo pernah intim

MENGENALI wanita berbakat ini, dia nyata memiliki karektor pelbagai warna yang jika diasah mahupun diberi peluang, dia mampu menjiwai berbagai karektor yang tidak terhad sebagai watak penggoda semata-mata. 

Malangnya, wanita yang dilahirkan dengan nama sebenar Mazlina Hasan Nodin ini tidak diberi peluang melainkan hanya untuk watak penggoda dan pelacur saja.

“Lapan tahun saya bergelar pelakon dan baru sekali saya diberikan peluang membawakan watak berat dan air mata iaitu dalam drama Takdir Qismah yang turut dibintangi Lisdawati.

“Dalam drama ini, saya menerusi watak Rosmah beraksi tanpa solekan, tanpa bulu mata palsu seperti kebiasaannya, selekeh dan asyik menangis.

“Mulanya, saya ragu-ragu nak ambil watak ini kerana Rosmah adalah pelacur. Saya bosan bawa watak sebegitu, tetapi selepas membaca keseluruhan skrip, saya tertarik dengan jalan cerita. 

“Maklum balas yang saya terima dalam kalangan kawan-kawan alhamdulillah, cukup baik untuk drama ini. Terima kasih kepada pengarah drama ini, Abang Eoon Suhaimi yang percayakan kebolehan saya.

“Saya benar-benar berharap lakonan saya dalam drama itu mampu membuka mata ramai, tapi saya juga harus akur dengan waktu siaran drama itu pada bulan puasa, jam 4 petang mungkin ramai yang terlepas daripada menontonnya,” katanya.

Baru saja tamat daripada penggambaran drama Evolusi KL Drift yang bakal bersiaran di RTM2 sebanyak 52 episod, Lana juga tidak sabar menantikan penayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina yang menampilkan Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palare sebagai tunjang utama.

“Saya mainkan watak Zahirah pembantu kepada Katerina (Maya) dan cuba merosakkan hubungan antara Katerina dengan Kasyah (Farid). Masih lagi dengan watak menggoda, tetapi saya ambil peluang ini kerana saya sendiri peminat novel yang ditulis Ahadiat Akashah,” ujarnya.

Pertemuan petang Selasa itu, Lana turut dikejutkan dengan sekeping gambar di samping anggota kumpulan The Black Eyed Peas iaitu will.I.am, Taboo dan apl.de.ap. Di antara tiga jejaka berkenaan, Lana kelihatan sangat intim dengan Taboo. Tambahan pula, gambar itu dipercayai diambil di majlis ‘after party’ selepas konsert Justin Timberlake di Opera Sydney House, Australia, beberapa tahun yang lalu sebelum Taboo mendirikan rumah tangga dengan Jaymie Dizon pada 12 Julai 2008.

“Hmmm, banyak juga info yang awak tahu ya? OK saya mengaku saya pernah berkawan rapat dengan Taboo lebih kurang setahun dan lokasi gambar itu diambil juga tepat. Hubungan kami tak berjaya kerana banyak sebab, antaranya dia mahu saya menetap di Amerika Syarikat. Namun Taboo yang saya kenal seorang lelaki yang baik.

“Dia tak merokok dan tak minum. Dulu-dulu dia pernah, tapi selepas keluar dari pusat pemulihan, dia sudah berubah. Dia selalu cakap pada saya, kalau dia ikat rapi rambutnya ke belakang itu maknanya dia ‘clean’.

“Kami berkenalan di sebuah ‘party’ sekitar Kuala Lumpur. Dia minta nombor telefon saya dan keesokannya minta saya temankan dia makan tengah hari. Saya cadangkan beberapa nama restoran yang sedap, antaranya di Shook!

“Saya kemudian mengambilnya di hotel dan tak sangka masa tu semua anggota Black Eyed Peas turut ada sama. Sejak daripada itulah kami jadi lebih rapat,” katanya.

Banyak rahsia yang dikongsi, namun hanya sedikit informasi dapat diceritakan Lana kepada umum. Dia enggan mengulas panjang hubungannya dengan Taboo apatah lagi bintang antarabangsa itu sudah berkahwin.

Pernah juga dikaitkan juga dengan seseorang berstatus ‘jutawan muda’, Lana kini bagaimanapun enggan mengenang percintaan yang berkubur selepas 10 tahun menjalinkan hubungan.

Apatah lagi ketika ini Lana dikatakan sudah menemui pengganti, seorang model terkenal dari Republik Czech, bernama Pavel Michalec, 23.

Pavel bekerja di Agensi Bangkok, Thailand dan hubungan Lana dengan jejaka itu dihidu ramai pihak apabila Pavel sendiri yang menulis nama Lana dalam kotak ‘In Relationship’ di facebook (fb).

“Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berkawan. Selagi tidak terbukti dengan apa-apa ikatan, saya tak anggap hubungan ini sesuatu yang serius. Saya perlu lihat kesungguhan Pavel jika dia mahukan saya, salah satunya mendalami Islam,” katanya
sumber; http://zamrispoon.blogspot.com/2012/11/fuhh-tergamam-digelar-pamela-anderson.html

Penari mahu tarik skirt, tapi tertarik se luar dalam di atas pentas!

fuyo!!


Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.
Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!



Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu!
sumber;http://zamrispoon.blogspot.com/2012/11/fuyo-penari-mahu-tarik-skirt-tapi.html




!![3 Gambar] Terbaru Rabecca Nur Al Islam, Contoh Terbaik Islam Pada Nama



Siapa’lah kami sebenarnya untuk judge ciptaan Tuhan yang lain’nya. Kami juga tidak sempurna mana. Lagi gambar Rabecca Nur Al Islam selepas ini. Jangan berdarah hidung, pesan kami.Tetapi, ada juga moleknya kalau Rabecca Nur Al Islam guna nama baru, mungkin Rabecca sahaja, demi menutup mulut orang-orang yang peka akan hal sebegini.Kredit gambar tanpa prejudis kepada Dari Mata Hatiku & terima kasih buat AndyHowtt.


sumber; http://zamrispoon.blogspot.com

makai aweq mat salleh selamba tukar baju diparking kete





Paz malah lebih senang mengganti semua pakaiannya itu di tengah tempat letak  kereta  pada  siang hari, yang boleh dilihat oleh sesiapa pun yang melewati dirinya. Paz dengan sangat berani dan tidak berasa malu menukar bra dengan bikini warna putih.Akibatnya, payudara artis Boardwalk Empire itu pun terlihat .Namun Paz lebih sopan ketika menukar seluar bikininya. Gadis kelahiran 3 September 1984 itu mengenakan skirt

sumber; http://zamrispoon.blogspot.com

monyek paling kecil didunia comel sangat






Monyet Marmosets kerdil berasal kanopi hutan hujan Amerika Selatan. Mereka adalah salah satu primat yang terkecil, dan juga salah satu daripada haiwan cutest di planet ini. Read more: http://dairishare.blogspot.com/2012/11/gambar-monyet-terkecil-di-duniacute-sgt.html#ixzz2DOBtL9jN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...