Khamis, 18 April 2013

Mak aiiiiii lukisan 3d di dinding bangunan



si dinding penipu


Sebelum ini anda telah lihat lukisan 3D di jalanan. Ianya merupakan hasil karya seni yang sungguh menarik dan unik. Kali ini kita lihat hasil lukisan 3D di dinding pula. Ianya juga memerlukan teknik dan kemahiran yang sama. Jangan anda tertipu dengan lukisan ini kerana ianya tampak seperti realiti. 

Nikmati hasil karya lukisan 3D di dinding yang menarik ini untuk tatapan anda...

Lukisan 3D di dinding berjaya merubah bentuk sesebuah bangunan menjadi lebih menarik dan unik.

Lukisan dinding-dinding pecah ini bagaikan realiti... 


Lukisan 3D di dinding mampu membuat anda tertipu dan terkeliru.



Gabungan lukisan and objek realiti menghasilkan satu karya seni yang menarik dan unik.

Jika tidak diperhatikan dengan betul mungkin anda tidak menyangka yang ianya adalah dinding.


Hasil seni lukis 3D tidak kira di lantai, di jalanan atau di dinding...memang menarik dan unik. Cukup kagum dengan kemahiran dan idea pelukis yang menghasilkan karya yang sangat menakjubkan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...