Selasa, 18 Disember 2012

nak tuhu Tips elakkan semut naik meja makan

Ada di antara kita yang menyimpan makanan di atas meja makan. Terutamanya jika terdapat lebihan makanan yang sengaja disimpan di bawah tudung saja untuk mereka yang belum makan.Tetapi kadangkala makanan terpaksa dibuang apabila semut menyerang makanan yang diletakkan di atas maja makan kita.Berikut diberikan beberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku:Pastikan meja anda tidak berada rapat dan tersentuh dengan dinding atau tiang atau lain-lain struktur rumah. Ini boleh menghalang semut atau serangga merayap lain meniti dari bahagian tersebut naik ke atas meja.Dengan melakukan perkara tersebut di atas, jalan untuk naik ke atas meja makan hanyalah melalui kaki meja dan juga kaki kerusi. Berikut antara beberapa perkara yang boleh anda buat bagi menghalang semut menggunakan kaki meja atau kerusi:Ada sesetengah orang kampung meletakkan minyak kelapa yang disapu pada bahagian kaki meja dan kaki kerusi. Ini dapat menghalang semut melalui bahagian yang disapau minyak tersebut untuk naik ke atas.Ada juga yang meletakkan alas pada kaki meja. Alas tersebut direka khas untuk membolehkan air diletakkan di dalamnya bagi menghalang semut naik ke atas meja.a Namun ia tidak paraktikal untuk diletakkan pada kaki kerusi. Oleh itu, anda perlu pastikan kerusi tidak menyentuh meja makan anda.Satu lagi cara paling mudah adalah dengan menggunakan aerosol pembunuh lipas yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai runcit. Anda hanya perlu menyembur sedikit pada sekeliling kaki meja dan juga kerusi. Sembur semua kaki yang ada dan anda akan dapati banyak semut dan juga lipas yang akan mati jika mereka cuba menghampiri kaki-kaki meja atau kerusi yang ada.sumber /malaysiapest.blogspot.com

semut paling berbisa yang perlu anda semua ketahui

Semut peluru mempunyai nama saintifik Paraponera Clavata.Dinamakan sebagai 'semut peluru' kerana gigitan atau sengatannya amat menyakitkan seperti ditembak dengan sebutir peluru.Semut peluru ini boleh didapati di sepanjang hutan dari Nicaragua ke Paraguay.Ia juga dikenali sebagai 'Hormiga Veinticuatro' yang bermaksud 'semut 24 jam'. Ini disebabkan kesan selama 24 jam rasa kesakitan yang akan kita alami akibat sengatannya.Semut peluru ini bersaiz besar lebih kurang satu inci dan berwarna hitam kemerahan.Sengatannya jika diukur berdasarkan 'Schmidt Sting Pain Index' merupakan sengatan paling kuat yang akan membuatkan kita merasa seperti terbakar berjalan di atas bara api dan berdenyut-denyut.Baca maklumatnya di sinisumber /malaysiapest.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...