Rabu, 26 Disember 2012

(mak ai!!!!) BAWANG TERBESAR YANG PERNAH DITEMUI


ditanam menggunakan biji benih, so far kat malaysia saya tak pernah jumpa, kalau ada sesiapa jual boleh pm saya (teringin nak cuba tanam).maklumat lain tak dapat cari.....nengok gambor jer..

(mak ai!!!!) 10 Balkoni yang menarik









Super cool kalau dapat balkoni macam ni. Mesti hari-hari nak lepak balkoni punya lah. Tapi hanya terdapat di luar negara je. Kalau korang nak, korang buatlah sendiri ye..hehe! (10 gambar)sumber http://najmimirza.blogspot.com/

(mak ai!!!) Misteri Penemuan Tapak Kaki Gergasi Manusia




Michael Tellinger menunjukkan salah satu gambar bukti yang terbaik bahawa terdapat gergasi di Bumi pada masa dahulu kala. Ahli-ahli geologi amat kagum dengan penemuan bekas tapak kaki gergasi ini yang berada dalam batuan granit kasar, iaitu kira-kira 4 kaki panjang.Ia terletak di Afrika Selatan, berhampiran bandar Mpaluzi, berhampiran dengan sempadan Swaziland. Ia adalah dianggarkan antara 200 juta dan 3 bilion tahun berdasarkan pemahaman yang sedia ada sekarang hasil daripada pembentukan granites dalam pembentukan Bumi.Pada tahun 1877 pencari gali di luar Eureka Nevada mendapati kaki manusia yang terputus ditemui melekat daripada batu kuarzit pepejal merah yang berasal dari masa dinosaur. Doktor-doktor perubatan telah mengkaji tulang dan menyatakan bahawa ia telah dimiliki oleh seorang manusia yang sangat moden. Yang menarik adalah saiz tulang. Mereka mengukur kira-kira 39 inchi dari tumit ke lutut. Pemilik tulang ini mungkin berukuran 12 kaki tinggi. Cerita ini banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar masa itu.Di Nevada, di wilayah Barat Daya Amerika Syarikat, satu puak asli iaitu Paiute Indians yang tinggal disitu menceritakan terdapat kumpulan gergasi berambut merah dengan ketinggian melebihi 12 kaki tinggal disitu sebelum puak itu mendiami kawasan itu. Gergasi-gergasi ini suka makan manusia dari puak Paiute dan ini menyebabkan puak Paiute menyerang hendap gergasi-gergasi itu. Gergasi-gergasi itu mendapat perlindungan di sebuah gua yang dikenali sekarang Gua Lovelock. Akhirnya, puak Paiute membakar gua tersebut dan memanah mati gergasi-gergasi itu.Pada tahun 1911, pemungut tahi kelawar mula bekerja di dalam gua yang sama. Selepas menggali empat kaki, mereka mendapati banyak anak panah patah telah dilepaskan ke dalam gua itu sepertimana yang diceritakan oleh puak Paiute serta lain-lain artifak menarik, dan mereka juga menemui gergasi berambut merah. Walaubagaimanapun, hanya terdapat mumia dan rangka antara ketinggian dari 8 hingga 11 kaki.

Sabtu, 22 Disember 2012

peristiwa 12.12.12..Awan berbentuk Ular Naga Muncul Dilangit Ciawi.Benarkah Atau......Sebaliknya??




Peristiwa itu terjadi di arah tol Jagorawi menuju Puncak, Jumat (21/12/2012) sekitar pukul 17.15 WIB. Gumpalan awan berbentuk ular naga muncul secara tiba-tiba usai hujan deras.Fenomena ini membuat puluhan penduduk takjub. Beberapa di antaranya dilihat mengabadikan fenomena itu dengan kamera . "Awannya keren, seperti naga yang mau menerkam mangsa," kata Rudi (31), salah seorang pengendara yang melintas.Sebagian besar pengguna jalan langsung menghentikan kendaraannya. Mereka memandang langit yang berwarna kelabu itu.Fenomena awan tersebut tidak berlangsung lama,  lebihkurang 10 minit. Selebihnya, awan dibawa angin. Bentuk naga pun semakin kabur.Namun adakah ianya benar2 wujud..tertanya-tanya kan....so..saksikan ini juga..Berita Awan Berbentuk Ular Naga Menggantung di Langit Ciawi (gambar # 1) seperti dipublish di beberapa laman diduga hasil edit secara digital. Seorang pemberi maklumat  memberikan pembuktian gambar (gambar # 2) yang dia temukan oleh google menunjukkan bentuk naga seperti yang kelihatan di langit Ciawi memang betul-betul sama. Beliau perbesarkan gambar awan berbentuk ular naga tersebut juga menunjukkan gambar naganya berada didepan tiang elektrik seperti yang kelihatan pada. gambar di bawah ini (gambar # 3). Mungkin sipengedit cuba mencuri kesempatan berita kiamat menurut suku Maya yang diramalkan akan berlaku hari ini (21/12/2012) untuk mencari sensasi berita. Rupanya yang mengedit masih belum canggih skill edit digitalnya.                                  Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

sungu tidak ku sanka ada Ubi Kentang Pelik Berbentuk Manusia


Seperti kita sedia maklum, ubi kentang adalah satu dari makanan yang sering kita makan dan antara makanan yang popular di dunia.Tetapi kali ini kami ingin berkongsi cerita mengenai seorang petani daripada Langzhong, China yang telah menemui ubi berbentuk manusia di antara tanaman ubi di kebunnya. Panjang ubi kentang pelik yang berbentuk manusia ini dalam 62cm.

Rabu, 19 Disember 2012

(wow.......)/pelakon-mustafa-kamal-bersama-di-program-pkr-pandan


Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya… – ASDGambar dari : @rafiziramliRead more: http://www.ekeleh.com/pelakon-mustafa-kamal-bersama-di-program-pkr-pandan/#ixzz2FSU9XZ8Vsumber http://www.ekeleh.com/

Selasa, 18 Disember 2012

nak tuhu Tips elakkan semut naik meja makan

Ada di antara kita yang menyimpan makanan di atas meja makan. Terutamanya jika terdapat lebihan makanan yang sengaja disimpan di bawah tudung saja untuk mereka yang belum makan.Tetapi kadangkala makanan terpaksa dibuang apabila semut menyerang makanan yang diletakkan di atas maja makan kita.Berikut diberikan beberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku:Pastikan meja anda tidak berada rapat dan tersentuh dengan dinding atau tiang atau lain-lain struktur rumah. Ini boleh menghalang semut atau serangga merayap lain meniti dari bahagian tersebut naik ke atas meja.Dengan melakukan perkara tersebut di atas, jalan untuk naik ke atas meja makan hanyalah melalui kaki meja dan juga kaki kerusi. Berikut antara beberapa perkara yang boleh anda buat bagi menghalang semut menggunakan kaki meja atau kerusi:Ada sesetengah orang kampung meletakkan minyak kelapa yang disapu pada bahagian kaki meja dan kaki kerusi. Ini dapat menghalang semut melalui bahagian yang disapau minyak tersebut untuk naik ke atas.Ada juga yang meletakkan alas pada kaki meja. Alas tersebut direka khas untuk membolehkan air diletakkan di dalamnya bagi menghalang semut naik ke atas meja.a Namun ia tidak paraktikal untuk diletakkan pada kaki kerusi. Oleh itu, anda perlu pastikan kerusi tidak menyentuh meja makan anda.Satu lagi cara paling mudah adalah dengan menggunakan aerosol pembunuh lipas yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai runcit. Anda hanya perlu menyembur sedikit pada sekeliling kaki meja dan juga kerusi. Sembur semua kaki yang ada dan anda akan dapati banyak semut dan juga lipas yang akan mati jika mereka cuba menghampiri kaki-kaki meja atau kerusi yang ada.sumber /malaysiapest.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...