Khamis, 29 November 2012

elyzia tolak babak ranjang

Elyzia Mulachela berharap lakonan pertamanya dalam Perahu Kertas diterima baik peminat filem Malaysia.PELAKON baru dari seberang, Elyzia Mulachela tidak pernah menyangka akan terlibat dengan industri lakonan apatah lagi menjayakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel kegemarannya, Perahu Kertas.Penyanyi yang kini turut bergelar pelakon itu membawakan watak sebagai Luhde, seorang wanita Bali dan kebetulan, Elyzia juga mempunyai darah keturunan Bali dalam dirinya.Menurut gadis berusia 17 tahun itu, keluarganya kini berpindah dari Lombok ke Jakarta, Indonesia bagi membantu memudahkan perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.Ternyata penghijrahan itu berbaloi apabila gadis tersebut muncul dengan single pertamanya berjudul Cinta Yang Tak Mungkin yang turut dimuatkan dalam filem tersebut."Pada asalnya saya memang tidak pernah mengimpikan untuk bergelar seorang pelakon, kerana minat banyak tertumpu kepada bidang muzik dan nyanyian."Tetapi mungkin sudah rezeki apabila ditawarkan memegang watak sebagai Luhde dalam filem itu."Perkara utama yang membuatkan saya berminat untuk bekerjasama dalam filem ini adalah kerana saya merupakan peminat setia novel tersnebut," katanya penuntut sebuah sekolah swasta di Jakarta.Filem Perahu Kertas mengisahkan hubungan percintaan dan persahabatan antara Kugy lakonan Maudy Ayunda dan Keenan (Adipati Dolken) yang bermula pada zaman pengajian di universiti yang kembali terjalin beberapa tahun selepas itu.Elyzia yang membawakan watak seorang gadis pendiam tetapi cerewet turut menegaskan bahawa walaupun dirinya kini sudah menceburi bidang lakonan, itu tidak bermakna dia akan menerima apa-apa sahaja tawaran berlakon tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu."Dalam filem ini memang mempunyai sedikit babak romantik seperti bercium tetapi apa yang dilihat penonton hanyalah lakonan sahaja kerana hakikatnya, babak tersebut tidak terjadi."Walaupun kini sudah bergelar pelakon, saya tidak akan menerima sebarang watak yang tidak sepatutnya dilakukan. Antaranya yang saya mengelak ialah watak-watak romantik keterlaluan ataupun adegan ranjang."Ini juga merupakan percubaan pertama saya dalam bidang lakonan, jadi saya mahu meninggalkan impak yang positif kepada peminat," tambah gadis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mempromosi filem tersebut di sini.Filem Perahu Kertas yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo serta diadaptasi daripada novel berjudul sama hasil tulisan Dewi Dee Lestari bakal berada di pawagam bermula 29 November ini.Selain Elyzia, Maudy Ayunda dan Adipati Dolken, filem ini turut menampilkan lakonan hebat Reza Rahadian sebagai Remi, Fauzan Smith (Eko) dan Sylvia Fully R (Noni).Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121127/hi_06/Tolak-babak-ranjang#ixzz2Da48A0Oh © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...