kenapa jadi begini dimana keadilan
KUALA LUMPUR - Ibu pelajar yang diserang dan dirompak semasa rusuhan di London, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, terkejut apabila mengetahui dua lelaki yang didapati bersalah menyerang anaknya dilepaskan oleh mahkamah.Maznah Abu Mansor, 48, berkata, dia tidak dapat mengulas isu tersebut kerana belum mendapat maklumat lanjut mengenainya."Saya tidak mahu buat apa-apa andaian. Tentu mahkamah ada alasan mengapa keputusan membebaskan mereka diambil," katanya ketika dihubungi di Bandar Baru Ampang dekat sini semalam.Katanya, Asyraf berada dalam keadaan baik dan kini sibuk dengan pengajian tahun tiga bidang perakaunan di Kaplan College, London.Tambahnya, dia tidak pasti anaknya tahu tentang keputusan mahkamah tersebut."Saya akan hubungi dia hujung minggu ini kerana saya tidak mahu ganggu dia sekarang sebab dia sibuk dengan kuliah," tambahnya.Mahkamah Rayuan Britain kelmarin menggugurkan sabitan terhadap dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah rendah kerana merompak Asyraf pada 8 Ogos tahun lalu ketika rusuhan di kota London.John Kafunda, 23, dari Ilford dan Reece Donovan, 25, dari Romford dibebaskan selepas mereka membuat rayuan berhubung keputusan Hakim James Patrick di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan