Selasa, 27 November 2012
Pengurusan Tidak Suka Justin Bieber Dengan Selena Gomez
LOS ANGELES, 27 NOV 2012: Biarpun digilai ramai gadis di seluruh dunia, namun hanya Selena Gomez saja yang berjaya membuatkan Justin Bieber benar-benar mabuk kepayang dengannya. Malah, Justin Bieber juga sanggup berbuat apa saja untuk memenangi semula hati penyanyi-pelakon idamannya itu selepas mereka putus cinta kira-kira 2 minggu yang lalu.Biarpun ada laporan yang mengatakan bahawa mereka telah berbaik semula, namun hakikatntya, Selena Gomez dikatakan masih belum mampu memaafkan Justin Bieber setelah mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu telah menghabiskan masa bersama dengan model seluar dalam, Barbara Palvin di sebuah parti minggu lepas.Hal ini telah menbuatkan Justin Bieber tertekan dan berusaha untuk melakukan apa saja, asalkan Selena Gomez kembali semula dalam hidupnya.Namun, hal ini nampaknya tidak begitu disenangi pihak pengurusan Justin Bieber. Malah, kalau boleh, mereka mahu penyanyi lagu Boyfriend ini cepat-cepat sembuh daripada terkena magik cinta Selena Gomez.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan