Setiap orang sudah
pastinya memasang impian untuk menjadikaya. Tidak menjadi kaya tidak
mengapa, asalkan hidup senang dan hidup dalam keadaan tidak berhutang.
Selalu kita disajikan dengan kekayaan Sultan Brunei serta kekayaan
orang Barat. Jarang sekali kita mendengar kisah kekayaan dari orang
Arab. Jadi, kali kami mahu berkongsi mengenai kisahkekayaan yang
dimiliki oleh Al Walid, orang terkaya di negara Arab.
Selama 20 tahun lebih,
tak ada yang boleh mengalahkan kekayaan Al Walid bin Talal bin Abdulazis
Alsaud di Timur Tengah. Ia adalah orang terkaya nombor satu di tanah
Arab, dan menduduki peringkat ke-13 di seluruh dunia – menurut Forbes.
Berapa kayakah Al Walid?
Tidak ada yang boleh
meramal dengan tepat, berapa kekayaan Al Walid. Termasuk mungkin Al
Walid sendiri.Orang hanya menjangka jumlah antara $15 sampai $30
billion! Tidak usah memikirkan seberapa banyak, kerana jumlah ini
sungguh tak terhingga banyaknya.
Kekayaan A Walid
tersebar dalam lima bidang: stok perdagangan awam, perusahaan-perusahaan
besar yang dimiliki Al Walid, real estate, aset kekayaan, dan kekayaan
yang bersifat tunai dan tersebar di berbagai bank di seluruh dunia.
Jika dikira, maka
perusahaan Al Walid menyumbang $7.88 billion, dan menjadikannya sebagai
pemilik perniagaan terbesar di Arab Saudi dan Timur Tengah.
Perniagaannya meliputi bidang IT, kesihatan, hiburan dan pelancongan.
Cittigroup, Apple dan News Corporation adalah tiga nama besar yang
dimiliki Al Walid.
Dari
perniagaan-perniagaan kecilnya, Al Walid mendapatkan “duit rokok”
sekitar $1.611 billion.Perniagaannya yang terkenal di sektor ini adalah
Rotana, yang bergerak di bidang hiburan di Timur Tengah. 85% industri
muzik dan 45% industri filem di bawah label Rotana.
Sedangkan dari bahagian
Real Estate, Al Walid mendapat $3.196 billion. Al Walid sekarang ini
memiliki Kingdom Resort. Namun beliau sekarang membangun Kingdom Oasis
yang dikatakan jauh lebih mewah daripada Kingdom Resort. Di Kingdom
Oasis mengandungi danau dan zoo peribadi.
Ia mempunyai kapal
persiaran sangat mewah, pesawat Boeing 747 peribadi, dan pesawat jet
Aibus A380, yang merupakan pesawat paling mewah dan paling besar di
seluruh dunia. Dia memiliki 300 kereta dan salah satunya konon adalah
Mercedes SL600 yang setara dengan $4.8 juta.
Jutawan Al-Waleed bin
Talal bin Abdul Aziz Al lahir pada Mac 1955 dan merupakan anggota
kerajaan Saudi.Dia adalah cucu dari perdana menteri Lebanon yang
pertama. Dia mempunyai tiga orang isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan