Rabu, 9 Januari 2013
mak ai!!!!! Jual Kentut Lembu Dalam Tin Di Jerman
Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan .masalah pemanasan global.Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan