Sabtu, 12 Januari 2013

Inilah Orang Arab Yang Paling Kaya



Setiap orang sudah pastinya memasang impian untuk menjadikaya. Tidak menjadi kaya tidak mengapa, asalkan hidup senang dan hidup dalam keadaan tidak berhutang.  Selalu kita disajikan dengan kekayaan Sultan Brunei serta kekayaan orang Barat. Jarang sekali kita mendengar kisah kekayaan dari orang Arab. Jadi, kali kami mahu berkongsi mengenai kisahkekayaan yang dimiliki oleh Al Walid, orang terkaya di negara Arab.

Rabu, 9 Januari 2013

mak ai!!!!! Jual Kentut Lembu Dalam Tin Di Jerman

Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan .masalah pemanasan global.Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global.

Jumaat, 4 Januari 2013

baju dibuat daripada emas

MUMBAI: Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.Baju itu didakwa berharga RM800,000.Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. - HT

Khamis, 3 Januari 2013

Mak a!!!! Bas  termewah di dunia.. saksikanlah!!



Wow..memang sungguh mewah bas ini..Lihat lah bagaimana pemiliknya menghias ruang dalam bas tersebut yang juga memuatkan sebuah kereta di bawahnya.Lihatlah gambar-gambar di bawah ni..

Misteri Pokok Duit Di Britain (2 Gambar)

Sungguh pelik pokok tersebut. Bagaimana duit yang dilemparkan oleh orang ramai boleh melekat di pokok tersebut? Mungkin tidak ramai yang tahu disebabkan oleh besar berkemungkinan pokok pelik ini tidak mendapat liputan yang luas mengenai kewujudannya. | Pernah dengar pasal pokok duit tak? Bukan pokok duit-duit la. Tapi pokok duit yang hanya tumbuh di Britain UK. Jom tengok pokok yang ada duit kat batangnya. Pokok ni dikatakan berada di Britain. Tentu pelik kan? Tapi sebenarnya ni dikatakan tempat orang lempar duit kat pokok dan melekat kat batang pokok pelik ini. Sungguh luar biasa gambar pelik pokok duit ini. Jom kita tengok!


http://zamrispoon.blogspot.com

Rabu, 2 Januari 2013

pelek betul bila ada Kupu-kupu Berwajah Manusia

Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam.Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik. Jom lihat gambar di bawah ini. Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai mirip manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun.Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar. Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitamyang membentuk semacam ku.mis.Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...