Isnin, 22 April 2013

Mak aiiii SISTEM MENGANGKUT KARGO KERETA ATAS KERETAPI (9 GAMBA


Di Amerika Syarikat kerana jarak kilang ke pusat jualan yang jauh, mereka menggunakan keretapi sebagai mod pengangkutan utama. Sekitar tahun 1970an, syarikat Chevrolet bekerjasama dengan syarikat keretapi Southern Pacific untuk menghasilkan sistem kargo Vert-A-Pac. 

Kereta Chevy Vega diangkut secara menegak di dalam gerabak khas bagi menggunakan ruang secara maksimum.Sistem Vert-A-Pac mampu memuatkan 30 buah kereta di dalam sebuah gerabak berbanding hanya 18 untuk sistem sebelum ini. Ini memastikan kos penghantaran kereta Chevy Vega adalah murah dan sekaligus harga jualan kereta ini juga boleh dikurangkan bagi menjadikannya mampu milik.


#Sistem ini tidak digunakan lagi, but this is OWSOME!


Ahad, 21 April 2013

Mak aiii kekuatan dan kebolehan jin dan syaitan-


kekuatan dan kebolehan jin dan syaitan-


RATA-RATA manusia beranggapan jin dan syaitan mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa yang mengatasi keupayaan manusia. Anggapan ini adalah salah. Dalam kisah yang terkenal mengenai Nabi Sulaiman (a.s.) membuktikan manusia lebih hebat dari jin Ifrit. Mengapa jin dan syaitan jadi pekerja Nabi Sulaiman (a.s.)?.

Anggapan manusia yang lebih jauh kesilapannya ialah anggapan bahawa jin dan syaitan tahu perkara-perkara yang ghaib, kejadian-kejadian yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Inilah yang mendorongkan para pawang, bomoh, tukang tilik bersahabat dengan mereka (jin dan syaitan) dengan tujuan agar mereka (para pawang dan lain-lain itu) dapat melakukan tilikan ramalan yang diperlukan oleh orang ramai.

Jin dan syaitan dapat mengetahui perkara yang telah berlaku, akan berlaku, sedang berlaku dari perbualan para malaikat yang ada di sekitar kawasan di bawah langit pertama dan juga di muka bumi ini. Syaitan Marid tidak boleh naik ke langit lagi sesudah Nabi Muhammad dilahirkan. 

Allah SWT berfirman Maksudnya:
”Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang derhaka. Dengan itu mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.”
(Surah as-Saaffaat: Ayat 7-8)

Sebenarnya jin dan syaitan tidak tahu yang ghaib, kecuali jin-jin tertentu yang selalu memohon kepada Allah. Kerana itu jin-jin yang menjadi sahabat manusia misalnya, pawang tidak tahu di mana simpulan sihir ditanam.

Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah Sulaiman tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai. 

Firman Allah SWTMaksudnya:
”Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”
(Surah Saba’: Ayat 14)

Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya:

1) Jin dihambakan oleh manusia dengan pelbagai suruhan.

2) Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh misalnya, batu atau kacang hijau atau bijian yang telah digoreng.

Tolong menolong antara jin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah SWT. Allah berfirman Maksudnya:

”Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ”Wahai sekelian jin! (Syaitan-syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut daripada manusia.” Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: ”Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari akhirat) yang Engkau tentukan bagi kami.” (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-An’aam: Ayat 128)

Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahabatan. Disebut di dalam al-Quran ”Tazzyin”, yang salah diperlihatkan betul, yang buruk diperlihatkan cantik dan sebagainya.

Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas. Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya.

Makaiii Batu Misteri Menangis Seperti Bayi

Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.


Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, tahun lalu.

''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 36, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.


Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

Sabtu, 20 April 2013

Makaiii CENDAWAN becahaya di waktu mlm..





Orang yang tidak tahu mungkin pada awalnya menyangka hantu ketika melihatnya. cendawan tertentu, yang tentu saja hidup di tempat-tempat yang lembab, dapat bercahaya dalam kegelapan.


Beberapa jenis cendawan yang tumbuh di hutan tropika Taman  Nasional Lembah Ribeira, dekat Sao Pulo, Brazil bercahaya ketika sekitarnya gelap. cendawan2 tersebut memiliki kemampuan bioluminescent kerana reaksi kimia di dalamnya menghasilkan cahaya berwarna hijau.

cendawan2 yang ditemui di Brazil itu termasuk dalam genus Mycena. Di seluruh dunia terdapat sekitar 500 jenis cendawan yang masuk ke dalam genus ini, tapi hanya 33 persen yang memiliki kemampuan bioluminescent.

Ada lebih dari 10 jenis cendawan bioluminescent yang baru ditemukan di Brazil sejak 2002, empat di antaranya merupakan spesies yang belum diketahui sebelumnya. Temuan ini merupakan hasil penelitian yang dilakukan Cassius Stevani, profesor kimia dari Universitas Sao Paulo, Dennis Desjardin, profesor ilmu cendawan dari Universitas Negeri San Fransisco California, dan Marina Capelari dari Institut Botani Brazil.





"Penemuan ini telah menambah jumlah cendawan bercahaya, yang diketahui sejak 1970-an, menjadi 30 persen lebih banyak," ujar Stevani.

cendawan Luminescence di Jepun
penjelasan dari fenomena bioluminescent cendawan masih belum dijelaskan secara ilmiah, namun menurut teori, diyakini sebagai respon terhadap kebolehan untuk hidup: untuk bercahaya, menarik serangga yang membantu spores bubar di lingkungan dimana penyebaran oleh angin sangat terbatas.

cendawan Luminescent, hanya tumbuh di hutan dengan banyak pohon, di mana terdapat sangat sedikit manusia.

Fenomena luminescent cendawan yang terjadi antara Mei hingga akhir July hutan di pulau Mesameyama di Ugui di Prefektur Wakayama, namun salinan telah ditemukan di wilayah pantai selatan dari semenanjung Kii di Kyushu dan daerah lain.

Ada jenis lainnya bioluminescent cendawan yang tumbuh di hutan selatan Brazil (Jack-o-Lantern Mushroom), mampu mengeluarkan cahaya sepanjang hari
sumber

Khamis, 18 April 2013

Mak aiiiiii lukisan 3d di dinding bangunan



si dinding penipu


Sebelum ini anda telah lihat lukisan 3D di jalanan. Ianya merupakan hasil karya seni yang sungguh menarik dan unik. Kali ini kita lihat hasil lukisan 3D di dinding pula. Ianya juga memerlukan teknik dan kemahiran yang sama. Jangan anda tertipu dengan lukisan ini kerana ianya tampak seperti realiti. 

Nikmati hasil karya lukisan 3D di dinding yang menarik ini untuk tatapan anda...

Lukisan 3D di dinding berjaya merubah bentuk sesebuah bangunan menjadi lebih menarik dan unik.

Lukisan dinding-dinding pecah ini bagaikan realiti... 


Lukisan 3D di dinding mampu membuat anda tertipu dan terkeliru.



Gabungan lukisan and objek realiti menghasilkan satu karya seni yang menarik dan unik.

Jika tidak diperhatikan dengan betul mungkin anda tidak menyangka yang ianya adalah dinding.


Hasil seni lukis 3D tidak kira di lantai, di jalanan atau di dinding...memang menarik dan unik. Cukup kagum dengan kemahiran dan idea pelukis yang menghasilkan karya yang sangat menakjubkan ini.

Rabu, 17 April 2013

Selasa, 16 April 2013

Mak aiii info- perbezaan wanita suci @ tidak,,



info- perbezaan wanita suci @ tidak,,


Perempuan akan mengalami beberapa perubahan di organ intim vaginanya. Lalu apa beza vagina gadis perawan dengan yang sudah pernah melahirkan?

"Melahirkan secara normal atau melalui faraj boleh mengalami jahitan di bawah dan boleh timbul rangkaian parut, kalau melalui caesar tidak ada bezanya," ujar Dr dr R Muharam, SpOG (K) dari Klinik Yasmin RSCM apabila dihubungi media

Berikut ini perbezaan vagina perempuan yang masih perawan dan yang sudah pernah melahirkan iaitu:




  1. Kerapatan vagina Vagina yang perawan umumnya masih rapat, sedangkan pada orang yang pernah melahirkan akan terasa lebih longgar serta lebih terbuka daripada sebelumnya kerana digunakan sebagai jalan lahir bayi

2. Kekencangan otot Pada perempuan perawan otot yang menyokong vagina masih kencang, sedang pada orang yang pernah melahirkan ototnya sedikit lemah atau kendur. Namun hal ini boleh diatasi dengan melakukan senaman kegel.

3. Rasa sakit Vagina yang perawan tidak dijumpai jahitan. Jika pernah melahirkan secara normal, maka ada jahitan di bahagian vagina bawah dan boleh timbul rasa sakit atau sakit ketika melakukan hubungan seksual. Namun keadaan ini akan dapat membaik dalam beberapa waktu.


4. Vagina kering Pada beberapa perempuan yang pernah melahirkan, vagina akan terasa lebih kering kerana berkaitan dengan rendahnya kadar estrogen dalam tubuh. Beberapa ahli menuturkan umumnya perempuan yang menggunakan kontrasepsi hormonal cenderung vaginanya lebih kering.

sumber'http://zamrispoon.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...